PROGRAM LATIHAN SEPARA PERUBATAN SESI JULAI 2022:
- Tarikh lapor diri bagi calon pelatih Latihan Separa Perubatan dijadualkan pada 14 Julai 2022 (Khamis) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).
- Program Latihan Separa Perubatan bagi sesi Julai 2022 akan dilaksanakan dan melibatkan penawaran 14 program.
- Calon pelatih yang ditawarkan latihan adalah WAJIB untuk melengkapkan dos vaksinasi COVID-19 dan menunjukkan bukti vaksinasi semasa melapor diri di ILKKM.
- Bagi calon yang TIDAK BOLEH mengambil vaksinasi COVID-19 atas sebab-sebab perubatan atau sebab lain yang disahkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar, sila kemukakan dokumen/bukti yang menyatakan pengecualian penerimaan vaksin COVID-19.